Tentang Kami

Tentang Kami

PENGENALAN

Advance Technology Academy (ATA) L02080 yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965 pada 31 Mac 2009. Matlamat penubuhan Pusat Bertauliah ini adalah untuk mengendalikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) demi menyahut seruan kerajaan Malaysia bagi memperbanyakkan lagi warga Negara Malaysia yang mempunyai kemahiran Teknikal dalam bidang-bidang tertentu.

Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bermain peranan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi Malaysia. Pembangunan sumber manusia adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada kemakmuran bangsa dan negara.Salah satu strategi utama ke arah transformasi ekonomi adalah untuk membangunkan modal insan kita supaya mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi untuk mencapai matlamat Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi untuk membawa Malaysia ke tahap Negara maju

TVET bertujuan untuk mewujudkan peluang pembelajaran mampan yang memupuk pemerkasaan belia dan keterangkuman sosioekonomi.

TVET boleh menjadi pilihan terbaik untuk individu yang mencari jalan terus ke kerjaya yang memuaskan dan menguntungkan secepat mungkin. TVET boleh menjadi pilihan terbaik untuk individu yang komited terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kerjaya mereka dan membina masa depan yang cerah.

TVET juga adalah salah satu cara paling mudah untuk melepaskan diri daripada kemiskinan dan meningkatkan kemahiran anda

ATA telah memilih untuk mengendalikan Kursus Kemahiran dalam bidang Kimpalan yang sangat berkurangan di Malaysia  bagi memenuhi keperluan industri terutamanya di sektor industri minyak dan gas, industri perkapalan, industri pembuatan, bengkel-bengkel dan sektor pembinaan.

ATA telah melatih Belia Malaysia terutama dari golongan B40 di dalam bidang Kimpalan  sejak 2009 dan ATA akan meneruskan misi ini untuk  mengeluarkan lebih ramai lagi graduan yang akan terus maju dalam kerjaya mereka dan mengambil peranan kepimpinan dalam industri mereka. ATA diterajui oleh tokoh ekonomi terkemuka iaitu Prof Dr Baharom Abdul Hamid sebagai pengerusi di dalam mengetuai kumpulan yang dinamik ini ke arah merealisasikan aspirasi kebolehkerjaan dengan pendapatan tinggi melalui latihan kemahiran.

VISI

Menyediakan tenaga kerja mahir yang kompeten dalam bidang TVET

MISI

Menghasilkan tenaga kerja mahir yang berketerampilan dalam mengarus perdanakan sistem kemahiran Malaysia

OBJEKTIF ATA

Menyampaikan pengetahuan kemahiran dan mengembangkan potensi pelatih dengan sepenuhnya.

Menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional.

Menyelaras latihan dan kemahiran yang disediakan pelbagai kementerian supaya dapat memenuhi keperluan pasaran dan industri.

Membolehkan syarikat-syarikat industri mendapatkan pekerja yang berkemahiran dalam bidang berkaitan.