Selamat Datang dan terima kasih meneliti Laman Web Rasmi Advance Technology Academy (ATA) L02080, sebuah Pusat Bertauliah yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia sejak tahun 2009. ATA merupakan Pusat Bertauliah peneraju kepada latihan kemahiran TVET dalam program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di dalam bidang Kimpalan.
Pengajian TVET mampu merapatkan jurang kemahiran di pasaran kerja. Ianya juga boleh meningkat peluang pelatih meneroka peluang pekerjaan yang lebih ampuh, luas, dan dengan tingkat pendapatan yang menarik dan lestari.
Selain itu, Pengajian TVET juga dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan, baik dari segi individu, komuniti mahupun negara dan TVET juga dikenal pasti sebagai diantara pemacu ekonomi Negara yang mampu menjulang Malaysia ke arah Negara berpendapatan tinggi.
TVET juga merupakan proses pendidikan dan latihan yang berhala tuju dengan pekerjaan bersesuaian dengan permintaan industri dan menepati amalan mereka.
Justeru, diharapkan ATA akan terus menjadi pilihan kepada belia-belia Malaysia untuk merealisasikan impian mereka membina kerjaya yang sesuai di masa yang terdekat demi masa depan mereka, keluarga dan negara.
Akhir kalam, saya dengan rendah diri menyampaikan kata hikmat