Advance Technology Academy (ATA) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965 pada 31 Mac 2009. Matlamat penubuhan Pusat Bertauliah ini adalah untuk mengendalikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) demi menyahut seruan kerajaan Malaysia bagi memperbanyakkan lagi warga Negara Malaysia yang mempunyai kemahiran Teknikal dalam bidang-bidang tertentu.
Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bermain peranan penting dalam pembangunan sosial-ekonomi Malaysia. Pembangunan sumber manusia adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada kemakmuran bangsa dan negara.
KOD PROGRAM : MC-024-3:2012
KOD PROGRAM : MC-024-4: 2012
KOD PROGRAM : MC-025-3:2012
KOD PROGRAM : MC-026-3:2012
Setiap 2 bulan sebelum pelatih tamat latihan, ATA akan mengadakan sesi temuduga diantara pihak industry dan pelatih di kampus kami. 100% graduan kami mendapat peluang pekerjaan.
Selain dari menggendalikan Kursus Kimpalan, ATA juga mengadakan pelbagai aktiviti lain pada masa yang sama di Kampus dan di asrama bersama Majlis Perwakilan Pelajar ATA seperti Kelas Kulinari, Kelas Agama, Kelab Sukan, Kelab Rekreaksi dan Pertanian, Kerja Amal dan Social bersama Masyarakat Setempat , NGO dan lain-lain untuk memastikan setiap Pelatih bukan sahaja mempunyai kemahiran dalam bidang kimpalan tetapi juga mempunyai kerohanian yang baik, inovasi dan berpengalaman dalam pelbagai bidang terutamanya dalam kemahiran asas hidup supaya Pelatih boleh berdikari dan menguruskan kehidupan harian mereka.